Saturday 26 March 2011

Maaf kak...Fipper banyak dah abis....

Salam Fipperian...,

Alhamdulillah...Terima kasih pada Allah yang memurahkan rezeki kami...Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan di pasar malam jalan TAR yang tak putus-putus datang membeli fipper slim dan classic...Terima kasih banyak-banyak..tak sangka minggu demi minggu sambutan amat menggalakkan..Sememangnya ramai dah tahu dengan brand Fipper yang bagus kualiti. Kami amat tersentuh dengan pelanggan yang tak mengira umur dan bangsa..Yang paling best ada pasangan veteran datang membeli 2 pasang fipper...seronok bila yang tua dan yang muda sama-sama membeli Fipper..InsyaAllah kami akan terus menjual Fipper kepada semua..dan minggu depan kami akan mencuba untuk menjual Fipper Stripe dan Fipper Comfort.InsyaAllah...kami akan memberi promosi dari masa ke semasa..Sekali lagi terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami!!! mana-mana sahabat fipperian yang belum mendapatkan fipper boleh la berkunjung ke gerai kami di jalan TAR atau pun boleh la memesan melalui laman blog ini..InsyaAllah harga boleh dirunding...ok sampai di sini saje untuk kali ini.Wassalam!!!!




Thursday 24 March 2011

Fipper di mana-mana......

Salam Fipperians....

Sekarang kalau aku jalan mana-mana mesti ada terjumpa remaja-remaja memakai fipper...dalam laman web pun kalau taip ramai yang dah mengenal fipper...satu fenomena yang bagus...ni kat belakang teksi pun dah ada iklan Fipper...rasa bangga gak barang yang aku pakai dan aku jual skarang dah mula diminati ramai.Alhamdulillah...Sekurang-kurangnya ramai yang dah tau kualiti slipper Fipper ni... Jadi tak perlula aku berbuih-buih mulut nak menceritakan kebaikkan,ketulenan,kebagusan slipper ni..hehehe...Buat pengetahuan fipperian semua...InsyaAllah dalam pertengahan tahun slipper fipper ni akan mengeluarkan slipper untuk kanak-kanak pulak..ni dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...hahahah..so makin bertambah variasi slipper ni..so anak-anak kita dah boleh bergaya dengan slipper yang cun ni..sabar menanti yer..!!!! bagi kawan-kawan yang ingin fipper seperti comfort dan stripe ni..InsyaAllah dalam minggu depan kami (aku dan Ariel) akan cuba penuhi permintaan fipperian semua..cuma harga untuk comfort sedikit mahal...tunggu je bila kami akan siarkan gambar-gambar serta senarai harga untuk fipper comfort dan stripe...ok..sampai sini je..Bagi yang ada kelapangan sila la datang ke pasar malam jalan TAR hari sabtu ni..Gerai kami betul-betul  di belakang butik kosmik..Jumpa di sana!!!! Wassalam....

 

Tuesday 22 March 2011

Kisah Budak Kecil Dengan Selipar Buruknya........

Aku saje nak berkongsi sikit kisah benar masa aku berniaga di pasar malam Jalan TAR hari Sabtu dengan rakan aku Ariel..Masa tu aku sibuk memunggah stok Fipper kat belakang gerai..kira masa tu orang tengah ramai la...Tengah aku terbongkok-bongkok mencari stok fipper..datang seorang makcik dengan anak lelakinya..Terus je makcik ni cakap gan aku..."Dik..ko tolong carikkan anak makcik ni selipar saiz dia satu.." Aku pun terus la carikkan budak lelaki ni saiz..dia pilih kaler hitam hijau...aku terus je bagi slipar fipper tu kat budak lelaki tu.Spontan budak lelaki tu cakap "mak leh tak takyah pakai slipar ni..sayang la.." mak dia terus je suruh aku potong tag kat slipar tu."ko jangan nak mengada-ngada ek..pakai terus...slipar tu.." budak tu terus la ikut cakap mak dia..tapi dia still tercegat lagik..sambil memandang mak dia.."mak slipar yang lama ni?" mak dia terus jawab "buang la!!" so budak tu terus je campak slipar lama dia...tapi yang aku kelakar sangat..dia siap lambai kat slipar dia tu..perghh sayang betul budak ni kat sliper dia..aku pun pegi la tengok slipar budak ni pakai...Terkejut aku bila tengok slipar budak tu.Dia pakai jenama FIPPER tu!!! mak dia cakap dah dekat 2 tahun...yang bestnya slipar dia tak putus..cuma haus dan berlubang...hahahaha...terus aku bungkus slipar budak ni buat testimoni....bukti  FIPPER ni memang tahan...ni la slipper yang bdk ni pakai....anda sendiri boleh menilainya......hehehehehe