Monday 28 November 2011

Budi Yang Baik Dikenang Jua......

Salam Fipperianzzz....

Boleh dikatakan lama juga kami tidak menulis di ruangan blog ini. Mungkin kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki di pejabat dan banyak membuat kerja-kerja luar di tapak bina. Mungkin ramai di kalangan Fipperianzzz semua tidak tahu yang kami di Impaq Quality sebenarnya menjual dan memasarkan produk Fipper ini secara sambilan. Kadangkala berlaku kelewatan di dalam penghantaran stock kepada pelanggan, ini bukan disengajakan tetapi kadang-kadang kami terlalu sibuk dengan urusan kerja.Maaf dipinta kepada kalian semua.

Fipperianzzz,

Semenjak dua bulan kebelakangan ini permintaan Fipper ada kalanya baik dan ada kalanya turun mendadak..mungkin akibat daripada faktor orang ramai mengawal perbelanjaan disamping berjimat cermat untuk perbelanjaan sekolah anak-anak nanti. Bagi kami di sini, kami tetap akan terus memasarkan slipper ini dan akan melakukan yang terbaik untuk pelanggan semua.

Fipperianzzz,

Baru-baru ini pihak kilang ada mengeluarkan rules baru untuk pesanan stock..So saya ingin menerangkan serba sedikit tentang prosedur baru bagi mengelakkan kekeliruan kepada anda semua. Bermula pada bulan ini, setiap order jika ingin order untuk satu saiz perlula minimum 4 pasang setiap satu-satu saiz. Jadi saya harap Fipperianzzz semua paham perkara ini bagi memudahkan pesanan di lakukan. Adalah sebaik-baiknya pesanan dibuat menggunakan Set yang telah dibuat. Ia lebih mudah dan cepat. Selain itu juga pesanan hendakalah dibuat sebelum hari rabu untuk megelakkan kelewatan penghantaran, memandangkan kadang kala kami sendiri pun tidak mempuyai cukup masa untuk melakukan semua perkara serentak.

Fipperianzzz,

Bagi kami disini mengalu alukan cadangan dan komen untuk kami memperbaiki Blog ataupun perniagaan ini. Maaf dipinta sekali lagi kepada semua Fipperianzzz jika kami terlewat dalam melakukan urusan..ini bukan sengaja berlaku kerana kami juga terlalu sibuk.Apa yang kami boleh janjikan ialah kami akan cuba memperbaiki segala kelemahan kami dari masa ke semasa..

Adios!!!!

Acai @ Ariel