Wednesday 20 July 2011

Salam Sebelum Ramadhan....

Salam Sejahtera Fipperianzzz!!!!

Sudah terlalu lama kami tidak menulis di blog kami ni....Mungkin kerana kesibukkan kerja hakiki kami yang membuatkan kami jarang untuk menulis di blog ini.Namun segala permintaan dari pelanggan@Fipperianzzz semua tetap kami utamakan walaupun kadang-kadang terpaksa kami tolak dengan cara baik kerana faktor stock tidak ada dan faktor harga yang ditawarkan kepada kami tidak mencapai persetujuan.

Fipperianzzz semua,
 
Pada 9.07.2011 kami tidak menjalankan perniagaan seperti biasa kerana faktor-faktor yang barangkali semua Fipperianzzz sedia maklum walaupun sebenarnya ia bukanlah faktor utama sebab kami tidak berniaga pada hari tersebut.Tetapi pada minggu lepas setelah bercuti kami tidak sangka sambutan daripada pelanggan@Fipperianzzz amatlah menggalakkan...Tidak menang tangan kami melayan dari petang hingga ke malam.Terima kasih kepada Fipperianzzz yang kuat menyokong kami di pasar malam Jalan TAR..Untuk pengetahuan Fipperianzzz semua..berkemungkinan kami berniaga atau tidak pada 4 hari sabtu di bulan ramadhan tidak dapat kami putuskan sekarang...Ini kerana beberapa faktor yang kami perlu mengambil kira untuk berniaga atau tidak.Tetapi sebolehnya kami ingin terus meniaga pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Cuma nanti kami akan update secepat mungkin.

Fipperianzzz,

Kepada pelanggan tetap kami..yang sentiasa menyokong kami tidak kira yang membeli secara jualan terus atau secara borong kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana anda memang terbaeeekkk dan kerana anda kami di sini!!!

Adios!!!

Acai & Ariel