Wednesday 15 February 2012

Baru.....Harga Pun Baru......

Salam Fipperianzzz....

Sudah lama rasanya kami tidak menulis di Blog ini...Kerana dek kesibukan kerja hakiki kami membuatkan kami tiada masa untuk menulis. Apa pun jika ada masa kami pasti akan menulis sedikit untuk kalian semua.

Buat pengetahuan Fipperianzz semua, Fipper ada mengeluarkan design Slick terbaru iaitu Slick dan Slick Metallic. Dari segi design ia lebih kurang sama..cuma tali untuk metallic lebih berkilat. Harga pula jauh lebih mahal dari Slick biasa. Tetapi untuk Slick metallic Fipperianzzz hanya boleh didapati di butik sahaja dengan harga RM26.90....Tetapi bagi Slick biasa dengan design baru..kalian boleh dapatkan dari kami..cuma harga terbaru untuk Slick ialah RM15.90.

Untuk pengetahuan  Fipperianzzz semua, bermula dari minggu depan dan seterusnya..kami akan mengeluarkan stock mingguan yang ada di kilang dan kalian boleh memilih stock yang ada.Ini lebih memudahkan Fipperianzzz untuk membeli stock yang ada tanpa ragu-ragu. Ini kami lakukan untuk kemudahan pelanggan yang kami sayang.


Fipperianzzz , kami telah menjalankan perniagaan ini hampir 2 tahun..walaupun kini ramai yang telah menjual Fipper di kebanyakkan pasar-pasar malam dan kedai, kami tetap kuat semangat untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dari masa ke semasa....Kami cuba...dan cuba. Harap Fipperianzzz semua faham kerana kami di sini menjalankan perniagaan ini secara separuh masa. kadang-kadang kesibukan kerja hakiki membuatkan kami terlewat melayan pesanan kalian. Maaf sekali lagik.


Jika Fipperianzzz mempunyai masa sila la berkunjung ke Pasar Malam Jalan TAR..betul-betul di belakang butik Cosmic. Kami mempunyai gerai di sana..InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan dan harga terbaeeek untuk kalian!!!!


Sekian, ADIOS!!!!


Acai @ Ariel


Slick Design Baru Dengan Logo
 

Tuesday 6 December 2011

Cantik Agaknya Blog Kami Ni...hahahhah....

Hai Fipperianzzz...

Maybe post kali ni sama dengan salah satu post yang pernah saya tulis sebelum ini...iaitu mengenai PLAGIAT atau TIRU atau CIPLAK...hahahah sama je kan..Baru-baru ini kami ada mencari-cari blog lain yang menjual Fipper secara online untuk mencari idea-idea baru(bukan untuk ditiru cuma sekadar mencarik idea)..tetapi alangkah terperanjatnya kami....rupanya masih ada lagi orang yang tak malu-malu untuk menciplak idea dan grafik dari blog kami...tanpa segan silu...ambil bulat-bulat dan letak..kalau stakat gambar, kami tak kisah..tapi ni papan tanda kami pun dia belasah buat papan tanda blog dia..hahahah aduh....macam-macam la orang nak meniaga ni.

Mula-mula kami rasa mahu biarkan saje.Tapi dipikirkan balik..penat lelah kami bina blog ini tanpa meminta-minta dan mengambil dari orang lain..so kami rasa biar kami kuarkan sikit gambar supaya menjadi tauladan dan pengajaran pada yang lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil hak orang lain untuk kepentingan diri. Kami telah menghantar email dan menghantar komen kepada mereka..dan kami akan kuarkan statement juga di sini supaya mereka ini mengubah blog mereka dan mengeluarkan segala design dari blog kami.


Inilah gambar blog mereka..saya dah padamkan nama blog mereka(kira baik la tk ekspos)..sama kan?ajaib betul..hahahah cantik agaknya blog kami ni..hahahahaha








Monday 28 November 2011

Budi Yang Baik Dikenang Jua......

Salam Fipperianzzz....

Boleh dikatakan lama juga kami tidak menulis di ruangan blog ini. Mungkin kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki di pejabat dan banyak membuat kerja-kerja luar di tapak bina. Mungkin ramai di kalangan Fipperianzzz semua tidak tahu yang kami di Impaq Quality sebenarnya menjual dan memasarkan produk Fipper ini secara sambilan. Kadangkala berlaku kelewatan di dalam penghantaran stock kepada pelanggan, ini bukan disengajakan tetapi kadang-kadang kami terlalu sibuk dengan urusan kerja.Maaf dipinta kepada kalian semua.

Fipperianzzz,

Semenjak dua bulan kebelakangan ini permintaan Fipper ada kalanya baik dan ada kalanya turun mendadak..mungkin akibat daripada faktor orang ramai mengawal perbelanjaan disamping berjimat cermat untuk perbelanjaan sekolah anak-anak nanti. Bagi kami di sini, kami tetap akan terus memasarkan slipper ini dan akan melakukan yang terbaik untuk pelanggan semua.

Fipperianzzz,

Baru-baru ini pihak kilang ada mengeluarkan rules baru untuk pesanan stock..So saya ingin menerangkan serba sedikit tentang prosedur baru bagi mengelakkan kekeliruan kepada anda semua. Bermula pada bulan ini, setiap order jika ingin order untuk satu saiz perlula minimum 4 pasang setiap satu-satu saiz. Jadi saya harap Fipperianzzz semua paham perkara ini bagi memudahkan pesanan di lakukan. Adalah sebaik-baiknya pesanan dibuat menggunakan Set yang telah dibuat. Ia lebih mudah dan cepat. Selain itu juga pesanan hendakalah dibuat sebelum hari rabu untuk megelakkan kelewatan penghantaran, memandangkan kadang kala kami sendiri pun tidak mempuyai cukup masa untuk melakukan semua perkara serentak.

Fipperianzzz,

Bagi kami disini mengalu alukan cadangan dan komen untuk kami memperbaiki Blog ataupun perniagaan ini. Maaf dipinta sekali lagi kepada semua Fipperianzzz jika kami terlewat dalam melakukan urusan..ini bukan sengaja berlaku kerana kami juga terlalu sibuk.Apa yang kami boleh janjikan ialah kami akan cuba memperbaiki segala kelemahan kami dari masa ke semasa..

Adios!!!!

Acai @ Ariel

Friday 30 September 2011

Kalau Rezeki Tak Ke mana...Tapi...

Salam Fipperianzzz...

Posting kali ini hanyala untuk berkongsi cerita dan luahan rasa dari pihak kami disini untuk semua Fipperianzz sekalian..Setelah hampir setahun kami berhempas pulas..menjual..membekal dan memberikan kesenangan untuk pembeli dengan wujudnya laman blog ini untuk kemudahan semua.Tetapi ada segelintir yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kepayahan untuk mewujudkan blog kami ini.
 
Buat pengetahuan semua Fipperianzzz...

 Kami di sini amat mengalu-alukan sesiapa di luar sana untuk menjadi pemborong dan penjual slipar terhangat ini.Cuma kadang-kadang cara mereka ini yang membuatkan kami merasa perlunya kami membuat kenyataan sedikit.Fipper sekarang sudah menjadi satu kegilaan dan fenomena bagi remaja mahupun golongan dewasa.Ia skarang merupakan trend terkini bagi semua golongan. Jadi dengan itu maka ramaila di antara peniaga-peniaga ingin menjadi pembekal dan pengedar selipar ini. Maka banyak la wujud blog-blog untuk menjual dan membekal selipar ini.Bagi kami ia amatla bagus dan dapat mewujudkan daya saing yang sihat.Bak kata pepatah..kalau rezeki tak kemana...Cuma yang dikesalkan disini, terdapat segelintir mereka-mereka ini yang menangguk di air yang keruh.Ini terbukti ada diantara blog-blog ini mengambil gambar-gambar dari blog kami tanpa kebenaran..malah mereka mewujudkan blog yang namanya hampir serupa dengan blog kami..Sudah ketandusan ideakah mereka ini? Bagi kami disini..jika ingin meniaga sekalipun..cuba blajar bermula dari bawah....usaha sendiri.InsyAllah..ada keberkatan rezeki itu.

Fipperianzzz...

Selain kegairahan orang ramai ingin menjadi pengedar dan pembekal selipar hangat ini.Ada di antara mereka ini yang sanggup menjual harga lebih rendah daripada harga patut. Oleh kerana golongan-golongan seperti ini la yang banyak menjatuhkan pasaran harga Fipper ini. Walaubagaimanapun kami telah di maklumkan oleh Boss besar Fipper sendiri bahawa beliau sentiasa memantau harga jualan Fipper ini di pasaran dan akan mengambil tindakan kepada peniaga ini.Selain penjualan harga lebih murah...terdapat juga Fipper tiruan yang kini sudah mula memasuki pasaran...Disini saya tekankan...Fipperianzzz semua janganla tertipu dengan selipar tiruan ini.Dapatkan info-info terkini daripada kami disini..ataupun terus dapatkan di butik-butik yang sah.Kami di gofipperslipper menegaskan yang kami hanya menjual produk-produk TULEN terus dari kilang Fipper sendiri.Ini jaminan kami....Kami tidak menjual barang-barang tiruan dan tidak berkualiti.Malah kami juga tidak berniaga dengan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain untuk kesenangan diri sendiri!!!

Fipperianzzz..

Kami di sini tetap mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mendapatkan selipar secara borong dan online dari kami.InsyaAllah...kami akan cuba penuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami dari masa ke semasa.Akhir kata...terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong kami termasuk dari kakitangan Fipper sendiri..korang semua memang terbaekkk!!!



 Rakan-rakan di kilang Fipper yang banyak membantu..Sebenarnya ada lagi yang tak termasuk dalam gambar.Mereka semua adalah terbaeekk.Thanks a lot guys terutama pada boss Lim dan budak-budak opis..kalian memang banyak membantu!!! Thanks!!!




Adios,


Acai@Ariel


Saturday 24 September 2011

Walaupun hujan kami tetap disini......

Salam Fipperianzzz....

Diam tak diam...kita sudah hampir meninggalkan bulan syawal...ketika ini masing-masing masih sibuk menghadiri rumah terbuka dan menziarahi rakan taulan di rumah mereka. Bagi kami di sini..walau sesibuk mana sekalipun..kami cuba untuk memenuhi permintaan semua Fipperianzzz semua..
Setelah sebulan seminggu kami tidak berniaga di Jalan TAR..Akhirnya kami pun mulakan langkah baru di awal minggu lepas.Memang kami sudah menjangkakan tidak ramai pengunjung ketika waktu-waktu orang masih berjalan raya dan open house.Tetapi bagi kami ini sudah menjadi satu tanggungjawab untuk terus berniaga dan memperkenalkan stok-stok baru dari Fipper.

Alhamdulillah..walaupun hujan renyai sepanjang tempoh meniaga tempohari..sambutan tidak kurang hangatnya...kami tidak menyangka didalam hujan renyai pun masih ada pelanggan yang sudi singgah untuk mendapatkan slipar terhangat di Malaysia ini.Tabik spring untuk kalian Fipperianzzz semua...
Untuk pengetahuan Fipperianzzz semua..kami ada mengadakan jualan pengabisan stok.So jangan lepaskan peluang ini dan beramai ramai berkunjung ke gerai kami di Jalan TAR.Jualan ini base kepada siapa cepat dia dapat..hehehehhe

Akhir kata...kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Fipperianzzz yang sentiasa setia menyokong kami di sini...
adios!!!!

Acai @ Ariel

Thursday 25 August 2011

Salam Aidilfitri...Salam Perkenalan Dengan Fipper Slick Terbaru....

Salam Aidilfitri Fipperianzzz!!!!


 
Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita berpuasa..kini tibanya Aidilfitri. Bagi kami disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fipperianzzz dia luar sana yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami. Buat pengetahuan Fipperianzzz semua..pada bulan ramadhan ini permintaan selipar Fipper ini secara borong atau secara online sangat la menggalakkan. Cuma kami sedikit hampa kerana tidak dapat berniaga di pasar malam Jalan TAR atas sebab-sebab tertentu. jika tidak tentu tidak menang tangan kami untuk memenuhi permintaan Fipperianzzz semua. Bagi kami, selagi terdaya dan termampu kami akan cuba memenuhi permintaan daripada pelanggan yang sangat kami hormati.

Pada minggu lepas juga, pihak fipper telah memperkenalkan satu series baru di dalam Fipper iaitu Fipper Slick. Bentuk dan harga sama dengan Fipper Classic cuma dari segi logo ditukar kepada tulisan. Cuma apa yang boleh kami katakan disini Fipper Slick ini mempunyai variasi warna yang sangat terang dan menarik. Selain itu juga Comfort Series juga boleh didapati dengan warna baru yang lebih menarik dan kemas. Nanti Fipperianzzz bolehla tengok di blog kami setelah kami update nanti. Diharapkan Syawal yang bakal menjelma ini akan lebih bermakna dengan Fipper yang di pakai dan digayakan di pagi hari raya nanti.


Sebelum kami mengakhiri posting kami ini...kami dari Impact Qualitiy ingin meminta  maaf zahir dan batin kepada semua Fipperianzzz yang mengikuti perjalanan blog ini secara langsung atau tidak..termasuk pelanggan setia kami sekiranya selama kami berurusan dengan Fipperianzzz semua kami ada melakukan kesilapan, kelewatan dan bermacam-macam lagi. Kami akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan kami dari masa ke semasa.Maklumla kami budak baru belajar.Sekian sahaja buat kali ini. 
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Acai @ Ariel

Wednesday 20 July 2011

Salam Sebelum Ramadhan....

Salam Sejahtera Fipperianzzz!!!!

Sudah terlalu lama kami tidak menulis di blog kami ni....Mungkin kerana kesibukkan kerja hakiki kami yang membuatkan kami jarang untuk menulis di blog ini.Namun segala permintaan dari pelanggan@Fipperianzzz semua tetap kami utamakan walaupun kadang-kadang terpaksa kami tolak dengan cara baik kerana faktor stock tidak ada dan faktor harga yang ditawarkan kepada kami tidak mencapai persetujuan.

Fipperianzzz semua,
 
Pada 9.07.2011 kami tidak menjalankan perniagaan seperti biasa kerana faktor-faktor yang barangkali semua Fipperianzzz sedia maklum walaupun sebenarnya ia bukanlah faktor utama sebab kami tidak berniaga pada hari tersebut.Tetapi pada minggu lepas setelah bercuti kami tidak sangka sambutan daripada pelanggan@Fipperianzzz amatlah menggalakkan...Tidak menang tangan kami melayan dari petang hingga ke malam.Terima kasih kepada Fipperianzzz yang kuat menyokong kami di pasar malam Jalan TAR..Untuk pengetahuan Fipperianzzz semua..berkemungkinan kami berniaga atau tidak pada 4 hari sabtu di bulan ramadhan tidak dapat kami putuskan sekarang...Ini kerana beberapa faktor yang kami perlu mengambil kira untuk berniaga atau tidak.Tetapi sebolehnya kami ingin terus meniaga pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Cuma nanti kami akan update secepat mungkin.

Fipperianzzz,

Kepada pelanggan tetap kami..yang sentiasa menyokong kami tidak kira yang membeli secara jualan terus atau secara borong kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana anda memang terbaeeekkk dan kerana anda kami di sini!!!

Adios!!!

Acai & Ariel