Tuesday 6 December 2011

Cantik Agaknya Blog Kami Ni...hahahhah....

Hai Fipperianzzz...

Maybe post kali ni sama dengan salah satu post yang pernah saya tulis sebelum ini...iaitu mengenai PLAGIAT atau TIRU atau CIPLAK...hahahah sama je kan..Baru-baru ini kami ada mencari-cari blog lain yang menjual Fipper secara online untuk mencari idea-idea baru(bukan untuk ditiru cuma sekadar mencarik idea)..tetapi alangkah terperanjatnya kami....rupanya masih ada lagi orang yang tak malu-malu untuk menciplak idea dan grafik dari blog kami...tanpa segan silu...ambil bulat-bulat dan letak..kalau stakat gambar, kami tak kisah..tapi ni papan tanda kami pun dia belasah buat papan tanda blog dia..hahahah aduh....macam-macam la orang nak meniaga ni.

Mula-mula kami rasa mahu biarkan saje.Tapi dipikirkan balik..penat lelah kami bina blog ini tanpa meminta-minta dan mengambil dari orang lain..so kami rasa biar kami kuarkan sikit gambar supaya menjadi tauladan dan pengajaran pada yang lain supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil hak orang lain untuk kepentingan diri. Kami telah menghantar email dan menghantar komen kepada mereka..dan kami akan kuarkan statement juga di sini supaya mereka ini mengubah blog mereka dan mengeluarkan segala design dari blog kami.


Inilah gambar blog mereka..saya dah padamkan nama blog mereka(kira baik la tk ekspos)..sama kan?ajaib betul..hahahah cantik agaknya blog kami ni..hahahahaha








Monday 28 November 2011

Budi Yang Baik Dikenang Jua......

Salam Fipperianzzz....

Boleh dikatakan lama juga kami tidak menulis di ruangan blog ini. Mungkin kami terlalu sibuk dengan kerja-kerja hakiki di pejabat dan banyak membuat kerja-kerja luar di tapak bina. Mungkin ramai di kalangan Fipperianzzz semua tidak tahu yang kami di Impaq Quality sebenarnya menjual dan memasarkan produk Fipper ini secara sambilan. Kadangkala berlaku kelewatan di dalam penghantaran stock kepada pelanggan, ini bukan disengajakan tetapi kadang-kadang kami terlalu sibuk dengan urusan kerja.Maaf dipinta kepada kalian semua.

Fipperianzzz,

Semenjak dua bulan kebelakangan ini permintaan Fipper ada kalanya baik dan ada kalanya turun mendadak..mungkin akibat daripada faktor orang ramai mengawal perbelanjaan disamping berjimat cermat untuk perbelanjaan sekolah anak-anak nanti. Bagi kami di sini, kami tetap akan terus memasarkan slipper ini dan akan melakukan yang terbaik untuk pelanggan semua.

Fipperianzzz,

Baru-baru ini pihak kilang ada mengeluarkan rules baru untuk pesanan stock..So saya ingin menerangkan serba sedikit tentang prosedur baru bagi mengelakkan kekeliruan kepada anda semua. Bermula pada bulan ini, setiap order jika ingin order untuk satu saiz perlula minimum 4 pasang setiap satu-satu saiz. Jadi saya harap Fipperianzzz semua paham perkara ini bagi memudahkan pesanan di lakukan. Adalah sebaik-baiknya pesanan dibuat menggunakan Set yang telah dibuat. Ia lebih mudah dan cepat. Selain itu juga pesanan hendakalah dibuat sebelum hari rabu untuk megelakkan kelewatan penghantaran, memandangkan kadang kala kami sendiri pun tidak mempuyai cukup masa untuk melakukan semua perkara serentak.

Fipperianzzz,

Bagi kami disini mengalu alukan cadangan dan komen untuk kami memperbaiki Blog ataupun perniagaan ini. Maaf dipinta sekali lagi kepada semua Fipperianzzz jika kami terlewat dalam melakukan urusan..ini bukan sengaja berlaku kerana kami juga terlalu sibuk.Apa yang kami boleh janjikan ialah kami akan cuba memperbaiki segala kelemahan kami dari masa ke semasa..

Adios!!!!

Acai @ Ariel

Friday 30 September 2011

Kalau Rezeki Tak Ke mana...Tapi...

Salam Fipperianzzz...

Posting kali ini hanyala untuk berkongsi cerita dan luahan rasa dari pihak kami disini untuk semua Fipperianzz sekalian..Setelah hampir setahun kami berhempas pulas..menjual..membekal dan memberikan kesenangan untuk pembeli dengan wujudnya laman blog ini untuk kemudahan semua.Tetapi ada segelintir yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kepayahan untuk mewujudkan blog kami ini.
 
Buat pengetahuan semua Fipperianzzz...

 Kami di sini amat mengalu-alukan sesiapa di luar sana untuk menjadi pemborong dan penjual slipar terhangat ini.Cuma kadang-kadang cara mereka ini yang membuatkan kami merasa perlunya kami membuat kenyataan sedikit.Fipper sekarang sudah menjadi satu kegilaan dan fenomena bagi remaja mahupun golongan dewasa.Ia skarang merupakan trend terkini bagi semua golongan. Jadi dengan itu maka ramaila di antara peniaga-peniaga ingin menjadi pembekal dan pengedar selipar ini. Maka banyak la wujud blog-blog untuk menjual dan membekal selipar ini.Bagi kami ia amatla bagus dan dapat mewujudkan daya saing yang sihat.Bak kata pepatah..kalau rezeki tak kemana...Cuma yang dikesalkan disini, terdapat segelintir mereka-mereka ini yang menangguk di air yang keruh.Ini terbukti ada diantara blog-blog ini mengambil gambar-gambar dari blog kami tanpa kebenaran..malah mereka mewujudkan blog yang namanya hampir serupa dengan blog kami..Sudah ketandusan ideakah mereka ini? Bagi kami disini..jika ingin meniaga sekalipun..cuba blajar bermula dari bawah....usaha sendiri.InsyAllah..ada keberkatan rezeki itu.

Fipperianzzz...

Selain kegairahan orang ramai ingin menjadi pengedar dan pembekal selipar hangat ini.Ada di antara mereka ini yang sanggup menjual harga lebih rendah daripada harga patut. Oleh kerana golongan-golongan seperti ini la yang banyak menjatuhkan pasaran harga Fipper ini. Walaubagaimanapun kami telah di maklumkan oleh Boss besar Fipper sendiri bahawa beliau sentiasa memantau harga jualan Fipper ini di pasaran dan akan mengambil tindakan kepada peniaga ini.Selain penjualan harga lebih murah...terdapat juga Fipper tiruan yang kini sudah mula memasuki pasaran...Disini saya tekankan...Fipperianzzz semua janganla tertipu dengan selipar tiruan ini.Dapatkan info-info terkini daripada kami disini..ataupun terus dapatkan di butik-butik yang sah.Kami di gofipperslipper menegaskan yang kami hanya menjual produk-produk TULEN terus dari kilang Fipper sendiri.Ini jaminan kami....Kami tidak menjual barang-barang tiruan dan tidak berkualiti.Malah kami juga tidak berniaga dengan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain untuk kesenangan diri sendiri!!!

Fipperianzzz..

Kami di sini tetap mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mendapatkan selipar secara borong dan online dari kami.InsyaAllah...kami akan cuba penuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami dari masa ke semasa.Akhir kata...terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong kami termasuk dari kakitangan Fipper sendiri..korang semua memang terbaekkk!!!



 Rakan-rakan di kilang Fipper yang banyak membantu..Sebenarnya ada lagi yang tak termasuk dalam gambar.Mereka semua adalah terbaeekk.Thanks a lot guys terutama pada boss Lim dan budak-budak opis..kalian memang banyak membantu!!! Thanks!!!




Adios,


Acai@Ariel


Saturday 24 September 2011

Walaupun hujan kami tetap disini......

Salam Fipperianzzz....

Diam tak diam...kita sudah hampir meninggalkan bulan syawal...ketika ini masing-masing masih sibuk menghadiri rumah terbuka dan menziarahi rakan taulan di rumah mereka. Bagi kami di sini..walau sesibuk mana sekalipun..kami cuba untuk memenuhi permintaan semua Fipperianzzz semua..
Setelah sebulan seminggu kami tidak berniaga di Jalan TAR..Akhirnya kami pun mulakan langkah baru di awal minggu lepas.Memang kami sudah menjangkakan tidak ramai pengunjung ketika waktu-waktu orang masih berjalan raya dan open house.Tetapi bagi kami ini sudah menjadi satu tanggungjawab untuk terus berniaga dan memperkenalkan stok-stok baru dari Fipper.

Alhamdulillah..walaupun hujan renyai sepanjang tempoh meniaga tempohari..sambutan tidak kurang hangatnya...kami tidak menyangka didalam hujan renyai pun masih ada pelanggan yang sudi singgah untuk mendapatkan slipar terhangat di Malaysia ini.Tabik spring untuk kalian Fipperianzzz semua...
Untuk pengetahuan Fipperianzzz semua..kami ada mengadakan jualan pengabisan stok.So jangan lepaskan peluang ini dan beramai ramai berkunjung ke gerai kami di Jalan TAR.Jualan ini base kepada siapa cepat dia dapat..hehehehhe

Akhir kata...kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Fipperianzzz yang sentiasa setia menyokong kami di sini...
adios!!!!

Acai @ Ariel

Thursday 25 August 2011

Salam Aidilfitri...Salam Perkenalan Dengan Fipper Slick Terbaru....

Salam Aidilfitri Fipperianzzz!!!!


 
Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita berpuasa..kini tibanya Aidilfitri. Bagi kami disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fipperianzzz dia luar sana yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami. Buat pengetahuan Fipperianzzz semua..pada bulan ramadhan ini permintaan selipar Fipper ini secara borong atau secara online sangat la menggalakkan. Cuma kami sedikit hampa kerana tidak dapat berniaga di pasar malam Jalan TAR atas sebab-sebab tertentu. jika tidak tentu tidak menang tangan kami untuk memenuhi permintaan Fipperianzzz semua. Bagi kami, selagi terdaya dan termampu kami akan cuba memenuhi permintaan daripada pelanggan yang sangat kami hormati.

Pada minggu lepas juga, pihak fipper telah memperkenalkan satu series baru di dalam Fipper iaitu Fipper Slick. Bentuk dan harga sama dengan Fipper Classic cuma dari segi logo ditukar kepada tulisan. Cuma apa yang boleh kami katakan disini Fipper Slick ini mempunyai variasi warna yang sangat terang dan menarik. Selain itu juga Comfort Series juga boleh didapati dengan warna baru yang lebih menarik dan kemas. Nanti Fipperianzzz bolehla tengok di blog kami setelah kami update nanti. Diharapkan Syawal yang bakal menjelma ini akan lebih bermakna dengan Fipper yang di pakai dan digayakan di pagi hari raya nanti.


Sebelum kami mengakhiri posting kami ini...kami dari Impact Qualitiy ingin meminta  maaf zahir dan batin kepada semua Fipperianzzz yang mengikuti perjalanan blog ini secara langsung atau tidak..termasuk pelanggan setia kami sekiranya selama kami berurusan dengan Fipperianzzz semua kami ada melakukan kesilapan, kelewatan dan bermacam-macam lagi. Kami akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan kami dari masa ke semasa.Maklumla kami budak baru belajar.Sekian sahaja buat kali ini. 
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Acai @ Ariel

Wednesday 20 July 2011

Salam Sebelum Ramadhan....

Salam Sejahtera Fipperianzzz!!!!

Sudah terlalu lama kami tidak menulis di blog kami ni....Mungkin kerana kesibukkan kerja hakiki kami yang membuatkan kami jarang untuk menulis di blog ini.Namun segala permintaan dari pelanggan@Fipperianzzz semua tetap kami utamakan walaupun kadang-kadang terpaksa kami tolak dengan cara baik kerana faktor stock tidak ada dan faktor harga yang ditawarkan kepada kami tidak mencapai persetujuan.

Fipperianzzz semua,
 
Pada 9.07.2011 kami tidak menjalankan perniagaan seperti biasa kerana faktor-faktor yang barangkali semua Fipperianzzz sedia maklum walaupun sebenarnya ia bukanlah faktor utama sebab kami tidak berniaga pada hari tersebut.Tetapi pada minggu lepas setelah bercuti kami tidak sangka sambutan daripada pelanggan@Fipperianzzz amatlah menggalakkan...Tidak menang tangan kami melayan dari petang hingga ke malam.Terima kasih kepada Fipperianzzz yang kuat menyokong kami di pasar malam Jalan TAR..Untuk pengetahuan Fipperianzzz semua..berkemungkinan kami berniaga atau tidak pada 4 hari sabtu di bulan ramadhan tidak dapat kami putuskan sekarang...Ini kerana beberapa faktor yang kami perlu mengambil kira untuk berniaga atau tidak.Tetapi sebolehnya kami ingin terus meniaga pada bulan Ramadhan yang mulia ini...Cuma nanti kami akan update secepat mungkin.

Fipperianzzz,

Kepada pelanggan tetap kami..yang sentiasa menyokong kami tidak kira yang membeli secara jualan terus atau secara borong kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana anda memang terbaeeekkk dan kerana anda kami di sini!!!

Adios!!!

Acai & Ariel


Sunday 5 June 2011

Fipper Dengan Harga Baru..........

Salam Fipperianzzz!!!!!!....

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan kami tidak kira yang membeli di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman....atau pun pelanggan yang membeli secara online...korang semua adalah yang terBAAAEEEEKKK!!!!...
This week sambutan daripada Fipperianzzz di jalan TAR sangatlah baguss...tak sangka..setelah hampir 3 bulan kami menjual selipar terhangat ini..pelbagai gelagat Fipperianzzz yang kami jumpa...
Apabila kami dah mula menjual dengan tanda harga baru RM15.90 untuk Slim..dan Classic RM14.00 banyakla feed back yang kami terima...hahaha ada yang datang terkejut...ada yang kata macam mahal...tapi oleh kerana kualiti selipar ini yang sangat bagus..maka ramai la peminat ingin mendapatkannya....so lama kelamaan...kebanyakkan Fipperianzzz boleh menerima tanda harga baru ini...Thankssss....
Kebanyakaan pelanggan kami di Jalan TAR datang dari segenap pelosok tanah air..tak kurang juga yang sudah menjadi regular customer...ada diantara mereka yang membuat koleksi peribadi...So tidak hairanla..jika kami jumpa customer yang sama berulang-ulang kali..Belum lagi yang memborong Fipper untuk satu family..yang tawar menawar pun ada...kami terima semua dengan hati yang terbuka..jika boleh terima harga tawar menawar yang ditawar pembeli,kami akan bagi...semua kerana anda Fipperianzzz terbaeeekk!!!
Akhir kata....terima kasih dari kami yang tidak yang tidak terhingga kepada Fipperianzzz semua...U alls adalah terBAAAAEEEEEEKKKK!!!!!!


Adios...

Acai & Ariel

Thursday 2 June 2011

Maaf Atas Kelewatan Kami......

Salam Sejahtera Fipperianzzz!!!!,

Tujuan posting saya kali ini adalah ingin memohon maaf kerana minggu ini..kebanyakkan order online lewat kami pos kerana kedua-dua kami terlalu sibuk dengan tuntutan kerja hakiki kami.Walaubagaimanapun...kami cuba sedaya upaya untuk menghantar segala order secepat mungkin untuk memuaskan hati Fipperianzzz semua...

Bagi pihak Impaq Quality...saya acai & ariel sekali lagi memohon maaf...InsyaAllah kami akan terus memberikan khidmat yang terbaik di masa depan....Apa pun kami mengucapkan terima kasih kerana sokongan anda..sehingga kami tak cukup tangan disini untuk menyiapkan order Fipperianzzz semua....terima kasih daun keladi..ada umur order la lagii...hehehehe

Adioss!!!!

Acai & Ariel




Wednesday 1 June 2011

Untuk Si kecil Tersayang.....

Salam Sejahtera Fipperianzzz!!!!,

Buat semua Fipperianzzz...kini anak-anak kita semua sudah boleh bergaya dengan Series baru yang dikeluarkan oleh Fipper...memperkenalkan Fipper Junior...tunggu update di dalam galeri kami sedikit hari lagi...Kami akan update warna dan saiz secepat mungkin....Fipper Junior terdapat 3 warna pada setiap fipper Junior. So tunggu keluaran Fipper Junior ini.....Buat sementara ini...hanya gambar ini sahaja yang dapat saya pamerkan untuk perkenalan bagi series Junior ini...

Adios!!!


acai & ariel



Friday 20 May 2011

Perhatian!!!! Perhatian!!!! Perhatian!!!!!

Salam Sejahtera....Fipperianzzzz!!!!!

Sebelum saya terus kepada pengumuman yang akan di buat...saya ingin mengucapkan berbillion-billion terima kasih kepada semua pelanggan kami tidak kira di pasar malam Jalan TAR mahupun kepada pelanggan online...kami amat terharu dengan sambutan yang menggalakkan...kami berjanji akan terus memberikan harga yang terbaik dan servis berkualiti untuk anda semua.Itu janji kami!!!.
Untuk pengetahuan Fipperianzzz semua..kami telah mendapat arahan daripada pihak pengilang mengenai kenaikan harga Fipper bermula pada 1hb Jun 2011 oleh kerana pihak pengilang Fipper sendiri tidak dapat menampung kenaikan harga barang mentah yang tinggi....Oleh yang demikian...harga baru untuk Fipperianzzz telah di keluarkan..iaitu :
Classic Series : RM 14.00
 Slim Series     : RM 15.90 

Untuk harga series yang lain akan saya update kemudian di galeri fipper..So kepada semua Fipperianzzz boleh la mendapatkan maklumat harga di sana.Untuk Fipperianzzz semua usah bimbang dan gusar dengan tanda harga baru ini...bagi kami di sini..kami akan tetap memberikan harga terbaeeek untuk pelanggan kami..tak caya cubala beli..hahahah...harga kami tetap terbaeeek...pasti mendapat discount...kami berharap Fipperianzzz semua akan terus memberikan sokongan kepada kami...InsyaAllah.......

sekian,terima kasih...

Acai & Ariel

Sunday 24 April 2011

Fuhhhh!!!! Tak Menang Tangan!! Hujan Rahmat....

Assalamualaikum...

To alls Fipperianzzz at Pasar Malam Jalan TAR....sambutan dari korang memang terbaekkkk!!!! Semalam dalam pukul 3 setelah penat lelah memasang rak..menyusun...men'setup' Fipper untuk dijual...hujan turun dengan lebat..Hurm...aku anggap hujan rahmat dari Allah..tetapi dalam hati berdetik minta hujan akan reda..kalau tidak maybe kurang orang akan ke Jalan TAR akibat hujan...
Alhamdulillah...hujan reda dalam pukul 4 petang...Lepas tu sehingga pukul 11 malam tak putus-putus Fipperianzzz datang membeli selipar terhangat..Tak sangka sambutan hari ini cukup menggalakkan...Slim sampai habis saiz..terpaksa la kami memohon maaf kepada Fipperianzzz yang pulang dengan tangan kosong..tapi ada juga yg ambik kaler lain sebagai ganti..Alhamdulillah....
Minggu ni pula rakan kongsi balik ke kampung halaman..so aku bersama officemate hasnor berganding bahu untuk memuaskan hati semua Fipperianzzz di jalan TAR...Thanks Hasnor..lu mmg terbaeeekk!!!!
Apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong kami..kami janji kami akan terus menjual dan memberikan perkhidmatan yang terbaeeekkk utk Fipperianzzz semua!!!!

Go Fipperianzzz!!!!!

Adiosss!!!!!!!




Sunday 17 April 2011

Thanksss Fipperianzzz in Melaka!!!!


Salam Fipperianzzzz!!!!..
Terlebih dahulu aku ingin memanjatkan kesyukuran di atas limpahan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada aku...Sepanjang 2 bulan aku mempromosi Fipper di Melaka Sentral...aku amat terharu dengan sambutan yang amat menggalakkan...pening juga nak menambah stok setiap minggu...Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua orang tua aku yang sudi memberi ruang untuk aku menumpangkan slipar fipper untuk di jual...jasa kalian tidak akan aku lupakan...Kepada adik aku yang menolong untuk menjual slipar2 ini di kedai..amat2 aku hargai....
Semoga brand Fipper ini akan terus di minati di negeri Melaka yang bersejarah ini...Kepada mereka yang berada di Melaka boleh la mendapatkan slipar terhangat di pasaran ini di Melaka Sentral di bahagian bas bandar..kedai bernama Aliahrun Enterprise..kedai deretan yang pertama skali...
Sekian untuk kali ini...
Go Fipperianzzzz!!!!!!

Tuesday 12 April 2011

Thanks Fipperianszzzz at Universiti Tun Hussien Onn.....


Salam fipperianzzzz.....

Awal Bulan April lalu..kami ada menyertai karnival yang dianjurkan di Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). So kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan kami tidak sangka sambutan di sana sangat menggalakkan...Trima kasih sekali lagik kepada adik saya Ayu..yang banyak membantu dalam proses jualan sliper terhangat di pasaran...THANKS!!!! to UTHM...

"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjual beli lagik.."

Saturday 26 March 2011

Maaf kak...Fipper banyak dah abis....

Salam Fipperian...,

Alhamdulillah...Terima kasih pada Allah yang memurahkan rezeki kami...Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan di pasar malam jalan TAR yang tak putus-putus datang membeli fipper slim dan classic...Terima kasih banyak-banyak..tak sangka minggu demi minggu sambutan amat menggalakkan..Sememangnya ramai dah tahu dengan brand Fipper yang bagus kualiti. Kami amat tersentuh dengan pelanggan yang tak mengira umur dan bangsa..Yang paling best ada pasangan veteran datang membeli 2 pasang fipper...seronok bila yang tua dan yang muda sama-sama membeli Fipper..InsyaAllah kami akan terus menjual Fipper kepada semua..dan minggu depan kami akan mencuba untuk menjual Fipper Stripe dan Fipper Comfort.InsyaAllah...kami akan memberi promosi dari masa ke semasa..Sekali lagi terima kasih kepada pelanggan-pelanggan kami!!! mana-mana sahabat fipperian yang belum mendapatkan fipper boleh la berkunjung ke gerai kami di jalan TAR atau pun boleh la memesan melalui laman blog ini..InsyaAllah harga boleh dirunding...ok sampai di sini saje untuk kali ini.Wassalam!!!!




Thursday 24 March 2011

Fipper di mana-mana......

Salam Fipperians....

Sekarang kalau aku jalan mana-mana mesti ada terjumpa remaja-remaja memakai fipper...dalam laman web pun kalau taip ramai yang dah mengenal fipper...satu fenomena yang bagus...ni kat belakang teksi pun dah ada iklan Fipper...rasa bangga gak barang yang aku pakai dan aku jual skarang dah mula diminati ramai.Alhamdulillah...Sekurang-kurangnya ramai yang dah tau kualiti slipper Fipper ni... Jadi tak perlula aku berbuih-buih mulut nak menceritakan kebaikkan,ketulenan,kebagusan slipper ni..hehehe...Buat pengetahuan fipperian semua...InsyaAllah dalam pertengahan tahun slipper fipper ni akan mengeluarkan slipper untuk kanak-kanak pulak..ni dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...hahahah..so makin bertambah variasi slipper ni..so anak-anak kita dah boleh bergaya dengan slipper yang cun ni..sabar menanti yer..!!!! bagi kawan-kawan yang ingin fipper seperti comfort dan stripe ni..InsyaAllah dalam minggu depan kami (aku dan Ariel) akan cuba penuhi permintaan fipperian semua..cuma harga untuk comfort sedikit mahal...tunggu je bila kami akan siarkan gambar-gambar serta senarai harga untuk fipper comfort dan stripe...ok..sampai sini je..Bagi yang ada kelapangan sila la datang ke pasar malam jalan TAR hari sabtu ni..Gerai kami betul-betul  di belakang butik kosmik..Jumpa di sana!!!! Wassalam....

 

Tuesday 22 March 2011

Kisah Budak Kecil Dengan Selipar Buruknya........

Aku saje nak berkongsi sikit kisah benar masa aku berniaga di pasar malam Jalan TAR hari Sabtu dengan rakan aku Ariel..Masa tu aku sibuk memunggah stok Fipper kat belakang gerai..kira masa tu orang tengah ramai la...Tengah aku terbongkok-bongkok mencari stok fipper..datang seorang makcik dengan anak lelakinya..Terus je makcik ni cakap gan aku..."Dik..ko tolong carikkan anak makcik ni selipar saiz dia satu.." Aku pun terus la carikkan budak lelaki ni saiz..dia pilih kaler hitam hijau...aku terus je bagi slipar fipper tu kat budak lelaki tu.Spontan budak lelaki tu cakap "mak leh tak takyah pakai slipar ni..sayang la.." mak dia terus je suruh aku potong tag kat slipar tu."ko jangan nak mengada-ngada ek..pakai terus...slipar tu.." budak tu terus la ikut cakap mak dia..tapi dia still tercegat lagik..sambil memandang mak dia.."mak slipar yang lama ni?" mak dia terus jawab "buang la!!" so budak tu terus je campak slipar lama dia...tapi yang aku kelakar sangat..dia siap lambai kat slipar dia tu..perghh sayang betul budak ni kat sliper dia..aku pun pegi la tengok slipar budak ni pakai...Terkejut aku bila tengok slipar budak tu.Dia pakai jenama FIPPER tu!!! mak dia cakap dah dekat 2 tahun...yang bestnya slipar dia tak putus..cuma haus dan berlubang...hahahaha...terus aku bungkus slipar budak ni buat testimoni....bukti  FIPPER ni memang tahan...ni la slipper yang bdk ni pakai....anda sendiri boleh menilainya......hehehehehe