Thursday 25 August 2011

Salam Aidilfitri...Salam Perkenalan Dengan Fipper Slick Terbaru....

Salam Aidilfitri Fipperianzzz!!!!


 
Alhamdulillah setelah hampir sebulan kita berpuasa..kini tibanya Aidilfitri. Bagi kami disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua fipperianzzz dia luar sana yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kami. Buat pengetahuan Fipperianzzz semua..pada bulan ramadhan ini permintaan selipar Fipper ini secara borong atau secara online sangat la menggalakkan. Cuma kami sedikit hampa kerana tidak dapat berniaga di pasar malam Jalan TAR atas sebab-sebab tertentu. jika tidak tentu tidak menang tangan kami untuk memenuhi permintaan Fipperianzzz semua. Bagi kami, selagi terdaya dan termampu kami akan cuba memenuhi permintaan daripada pelanggan yang sangat kami hormati.

Pada minggu lepas juga, pihak fipper telah memperkenalkan satu series baru di dalam Fipper iaitu Fipper Slick. Bentuk dan harga sama dengan Fipper Classic cuma dari segi logo ditukar kepada tulisan. Cuma apa yang boleh kami katakan disini Fipper Slick ini mempunyai variasi warna yang sangat terang dan menarik. Selain itu juga Comfort Series juga boleh didapati dengan warna baru yang lebih menarik dan kemas. Nanti Fipperianzzz bolehla tengok di blog kami setelah kami update nanti. Diharapkan Syawal yang bakal menjelma ini akan lebih bermakna dengan Fipper yang di pakai dan digayakan di pagi hari raya nanti.


Sebelum kami mengakhiri posting kami ini...kami dari Impact Qualitiy ingin meminta  maaf zahir dan batin kepada semua Fipperianzzz yang mengikuti perjalanan blog ini secara langsung atau tidak..termasuk pelanggan setia kami sekiranya selama kami berurusan dengan Fipperianzzz semua kami ada melakukan kesilapan, kelewatan dan bermacam-macam lagi. Kami akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan kami dari masa ke semasa.Maklumla kami budak baru belajar.Sekian sahaja buat kali ini. 
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Acai @ Ariel

No comments:

Post a Comment