Friday 30 September 2011

Kalau Rezeki Tak Ke mana...Tapi...

Salam Fipperianzzz...

Posting kali ini hanyala untuk berkongsi cerita dan luahan rasa dari pihak kami disini untuk semua Fipperianzz sekalian..Setelah hampir setahun kami berhempas pulas..menjual..membekal dan memberikan kesenangan untuk pembeli dengan wujudnya laman blog ini untuk kemudahan semua.Tetapi ada segelintir yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan kepayahan untuk mewujudkan blog kami ini.
 
Buat pengetahuan semua Fipperianzzz...

 Kami di sini amat mengalu-alukan sesiapa di luar sana untuk menjadi pemborong dan penjual slipar terhangat ini.Cuma kadang-kadang cara mereka ini yang membuatkan kami merasa perlunya kami membuat kenyataan sedikit.Fipper sekarang sudah menjadi satu kegilaan dan fenomena bagi remaja mahupun golongan dewasa.Ia skarang merupakan trend terkini bagi semua golongan. Jadi dengan itu maka ramaila di antara peniaga-peniaga ingin menjadi pembekal dan pengedar selipar ini. Maka banyak la wujud blog-blog untuk menjual dan membekal selipar ini.Bagi kami ia amatla bagus dan dapat mewujudkan daya saing yang sihat.Bak kata pepatah..kalau rezeki tak kemana...Cuma yang dikesalkan disini, terdapat segelintir mereka-mereka ini yang menangguk di air yang keruh.Ini terbukti ada diantara blog-blog ini mengambil gambar-gambar dari blog kami tanpa kebenaran..malah mereka mewujudkan blog yang namanya hampir serupa dengan blog kami..Sudah ketandusan ideakah mereka ini? Bagi kami disini..jika ingin meniaga sekalipun..cuba blajar bermula dari bawah....usaha sendiri.InsyAllah..ada keberkatan rezeki itu.

Fipperianzzz...

Selain kegairahan orang ramai ingin menjadi pengedar dan pembekal selipar hangat ini.Ada di antara mereka ini yang sanggup menjual harga lebih rendah daripada harga patut. Oleh kerana golongan-golongan seperti ini la yang banyak menjatuhkan pasaran harga Fipper ini. Walaubagaimanapun kami telah di maklumkan oleh Boss besar Fipper sendiri bahawa beliau sentiasa memantau harga jualan Fipper ini di pasaran dan akan mengambil tindakan kepada peniaga ini.Selain penjualan harga lebih murah...terdapat juga Fipper tiruan yang kini sudah mula memasuki pasaran...Disini saya tekankan...Fipperianzzz semua janganla tertipu dengan selipar tiruan ini.Dapatkan info-info terkini daripada kami disini..ataupun terus dapatkan di butik-butik yang sah.Kami di gofipperslipper menegaskan yang kami hanya menjual produk-produk TULEN terus dari kilang Fipper sendiri.Ini jaminan kami....Kami tidak menjual barang-barang tiruan dan tidak berkualiti.Malah kami juga tidak berniaga dengan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain untuk kesenangan diri sendiri!!!

Fipperianzzz..

Kami di sini tetap mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk mendapatkan selipar secara borong dan online dari kami.InsyaAllah...kami akan cuba penuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami dari masa ke semasa.Akhir kata...terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong kami termasuk dari kakitangan Fipper sendiri..korang semua memang terbaekkk!!!



 Rakan-rakan di kilang Fipper yang banyak membantu..Sebenarnya ada lagi yang tak termasuk dalam gambar.Mereka semua adalah terbaeekk.Thanks a lot guys terutama pada boss Lim dan budak-budak opis..kalian memang banyak membantu!!! Thanks!!!




Adios,


Acai@Ariel


No comments:

Post a Comment